Damai dirasa,
Dengan bisikan muzik lagenda,
Lintasan baris sastera puaka,
Mencangkir gelombang raksasa,
Terdetik buat kali kedua,
Patutkah begini atau begitu?
Yang kurasa itukah yang ku mahu?
Membuat nafasku menjadi sebu,
Putaran silam berdetik seribu,
Sampai bilakah harus termangu,
Memikirkan soal dahulu,
Ya…kini ku yakin..
Hanya satu perlu ku tawan,
Bersama langkah mara ke depan,
Membelah sisipan bisa ujian,
Membantuku genggam gumpalan awan,
Bertemankan geliganya buah fikiran,
Sisipan pena sebagai perisai,
Sehingga usai peperangan minda,
Menatijahkan harapan impian bonda,
Keinginan mimpi si ayahanda.
Hingga akirnya daku terjaga.
Setelah imaginasi berubah nyata,
Baruku sedar..
Ombak gelita itu hanyalah mainan jiwa,
Menarikku ke lembah kecewa,
Syukurku buat Yang Maha Esa,
KehebatanNya merubah gelora rasa,
Akhirnya kini aku juara meredah samudera…
by:TINTA NUWAIRAH
KehebatanNya merubah gelora rasa,
Akhirnya kini aku juara meredah samudera…
by:TINTA NUWAIRAH
10:00p.m. 21/12/2010



No comments:
Post a Comment